Isnin, 11 Oktober 2010

week 11 : Media Dalam Pengajaran

Pemilihan Media
* Bersesuaian dengan kaedah.
* Bersesuaian dengan keupayaan dan gaya pembelajaran.
* Pemilihan secara objektif.
* Pengaruh keadaan sekitar.

Media Pengajaran di Bilik Darjah

1.Papan tulis
* Papan tulis bersih sebelum digunakan
* Pembahagian papan tulis
* Tulisan guru hendaklah besar dan jelas
* Kapur atau pen felt pelbagai warna
* Percakapan guru
* Kayu pembaris sebagai penunjuk
* Melihat apa yang ditulis(memastikan maklumat betul)
* Jangka masa menulis

2. Papan Gulung
* mudah alih ,boleh digunakan semula, boleh ditanggalkan, boleh melekatkan gambar.

3. Carta
* Menggunakan kad manila, menulis atau melukis sendiri, menggunakan gambar, menggunakan carta singkap.

4. Papan Pamer
 i- Papan Flanel
ii- Papan Magnet
iii-Papan cangkuk
iv- Papan Gabus

5. Buku Teks
* Kandungan mengikut Sukatan Pelajaran
* mengandungi pelbagai aktiviti, mengandungi ilustrasi,disediakan lampiran, penggunaan secara individu.

6. Perakam Kaset
*Mudah dikendali, kos yang rendah, mudah alih, sesuai untuk kemahiran lisan
*Penggunaan kuasa elektrik dan bateri, angka petunjuk, tempat yang sesuai, pengawalan perakam kaset, rancangan radio yang sesuai dengan topik pelajaran boleh dirakam dan diperdengarkan di dalam kelas.


Projektor Overhead



Kelebihan Projektor Overhead sebagai Media Pengajaran
·         Digunakan di bilik yang terang
·         Tidak memerlukan skrin khas
·         Bersemuka dengan pelajar
·         Berfungsi sebagai papan tulis
·         Transparensi terma dan fotokopi
·         Menayangkan pelbagai bahan
·         Mengawal masa
·         Menambah fakta
·         Menjadi nota gura
·         Tahan lama
Projektor Slaid
·         Mudah dikendalikan, gambar boleh dibuat sendiri, gambar slaid menarik, urutan gambar boleh diubahsuai, mengawal kadar penyampaian, alat kawalan jauh, rakaman awal,dan tahan lama.





Televisyen dan Video
Sebelum Menggunakan televisyen dan video
* Pratonton( guru perlu menonton video tersebut sebelumditayangkan kepada pelajar)
* Objektif pelajaran( pelajar perlu diterangkan tentang objektif-objektif pelajaran atau istilah penting/baru)
* Soalan-soalan panduan( Sediakan soalan berdasarkan rancangan yang ditonton akan menumpukan perhatian pelajar dalam rakaman tersebut)

Semasa menonton televisyen dan video
* Tiada gangguan
* Berhenti untuk penjelasan

Setelah menonton
* Aktiviti perbincangan
* sesi soal jawab
* Tayangan semula
 
Kelebihan menggunakan televisyen dan video:
1.pemperlihatkan pergerakan atau proses
2.mempelbagaikan kaedah pengajaran
3. membantu menambah bahan pengajaran
4.penyebaran ilmu secara meluas

Program atau Perisian Komputer

1.Perisian latih tubi
2. perisian tutorial
3.perisian simulasi
4.Perisian permainan
5. perisian penyelesaian masalah

REALIA
Kewujudan media pengajaran yang baru dan silih berganti, tidak dapat mengatasi keistimewaan media pengajaran yang berbentuk realia ini. Realia atau benda yang sebenar boleh dijadikan alat bantu mengajar yang berkesan.Realia termasuklah:
* Tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, dan buah
* Benda buatan seperti pakaian dan peralatan.
* Haiwan seperti ikan, burung, dan binatang lain, sama ada yang hidup atau yang telah dikeraskan.
* Batu-batan, tanah-tanih, dan pelbagai jenis air.

Realia dapat dijadikan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan kerana:
  1. Keadaan sebenar (pelajar boleh menggunakan deria mereka seperti melihat, menyentuh, mendengar, merasa , dan menghidu.)
  2. Tiada kos
  3. Aktiviti menarik (cth: pelajar diminta membawa lipas untuk kajian, atau menanam bijirin untuk melihat proses tumbesaran)
  4. Tidak perlu pengubahsuaian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan